Wanita Pregnant Boleh Naik Flight.jpg

Bolehkah Wanita Hamil Naik Kapal Terbang? Baca Syarat 20 Syarikat Penerbangan Ini

Untuk trip ke Turki dan Greece yang lalu saya dan isteri perlu naiki 5 syarikat penerbangan yang berbeza iaitu:

AirAsia ( PEN - KUL )
Qatar Airways ( KUL - Doha - Sabiha Gokcen, Turki)
Pengasus Airline ( Sabiha Gokcen - Denizli)
Aegean Airline ( Izmir - Athens) & Ryan Air ( Santorini - Athens) dan penerbangan balik Aegean Airline ( Athens - Istanbul )
Qatar Airways ( Sabiha Gokcen - Doha - KUL) & AirAsia ( KUL -PEN)

Ketika masa penerbangan kali ini, isteri dah masuk 28 minggu jadi kebanyakkan syarikat penerbangan memerlukan sijil atau surat doktor. Surat doktor itu mesti menyatakan tarikh jangka bersalin (EDD) dan mengesahkan bahawa si ibu tiada komplikasi dalam kehamilan dan sihat (fit) untuk terbang.

Sila buat semakan dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana mungkin ada polisi yang berbeza antara sesebuah syarikat penerbangan walaupun secara amnya ia lebih kurang sama saja iaitu memerlukan surat doktor dan minggu ke 36 adalah minggu terakhir dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Di sini saya kongsikan beberapa terms & condition untuk (kehamilan tanpa komplikasi - single pregnancy without complication) sahaja bagi syarikat penerbangan yang kami gunakan semasa trip ke Turki dan Greece serta lain-lain syarikat penerbangan utama yang berlepas dari Malaysia.

Bolehkah naik flight jika saya hamil? Baca peraturan dari syarikat penerbangan berikut.

Wanita Pregnant Boleh Naik Flight

Wanita Pregnant Boleh Naik Flight

DSC02325 Copy

DSC02325 Copy

DSC02426 Copy

DSC02426 Copy

DSC02541 Copy

DSC02541 Copy



1. AIRASIA
Minggu ke 27 : Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in
Minggu ke 28-34 : Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in. Wajib ada surat doktor. Wajib ada surat bilangan minggu kehamilan dari doktor.
Minggu ke 35 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

2. QATAR AIRWAYS
Minggu ke 28 : Disyorkan untuk ada surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)
Minggu ke 29 - 32 : Wajib ada surat doktor. Tak Perlu isi borang (MEDIF)
Minggu ke 33 - 35 : Wajib ada surat doktor. Wajib isi borang (MEDIF)
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

Nota: Anda boleh muat turun Medical Information Form (MEDIF) di website Qatar Airways.

3. AEGEAN AIRLINES
Minggu ke 36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Perlu isi borang (MEDIF).
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.
Syor Khas : Jika sudah minggu ke 28 disyorkan untuk bawa catatan perubatan dari doktor Ginekologi yang menyatakan bahawa kandungan tiada komplikasi, due date dan declaration yang menyatakan tiada halangan untuk terbang.

Nota: Anda boleh muat turun Medical Information Form (MEDIF) di website Aegean Airlines.

4. PEGASUS AIRLINE
Minggu ke 36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Disyorkan bawa bersama maklumat kehamilan.
Minggu terakhir dari minggu ke 36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

5. RYANAIR
Minggu ke 28 : Wajib isi borang ‘Fit To Fly’ @ MEDIF yang perlu di isi oleh doktor.
Minggu ke 36 : Minggu terakhir dari minggu ke 36 : tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

Nota: Anda boleh muat turun Medical Information Form (MEDIF) di website Ryanair.

Lain-lain Airlines yang terbang dari Malaysia

6. MALAYSIA AIRLINE
Sekiranya anda melakukan perjalanan ketika hamil wajib ada surat doktor.
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

7. FIREFLY
Minggu ke 36 dan ke bawah : dikehendaki mengisytiharkan kehamilan mereka dan melengkapkan dan menandatangani Borang Keluaran dan Indemniti.
Minggu ke 37 ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

8. MALINDO
Minggu ke 27 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan pengangkutan.
Minggu ke 28 - 35 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan pengangkutan dan Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 35 ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

9. ETIHAD
Minggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat
Minggu 29 - 36 : Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

10. EMIRATES
Minggu 29 hingga minggu 36 : Wajib ada surat doktor. Boleh download medical certificate standard dari web Emirates.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

11. KLM
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT & tidak menggalakkan terbang semasa minggu pertama selepas delivered dan untuk bayi anda juga.

12. CATHAY PACIFIC
Minggu ke 28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

13. SINGAPORE AIRLINE
Minggu ke 28 dan ke bawah : Tiada diperlukan. Walau bagaimanapun, sijil perubatan mesti dikemukakan untuk penerbangan pulang jika ia dijadualkan melebihi minggu ke-28 kehamilan anda.
Minggu ke 29 hingga 36 : Wajib ada surat doktor
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

14. JETSTAR
Minggu ke 28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 36 : Boleh bagi penerbangan lebih dari 4jam
Minggu ke 40 : Boleh bagi penerbangan kurang dari 4jam

38. BRITISH AIRWAYS
Minggu ke 28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

15. TURKISH AIRLINE
Minggu ke 28-35 : Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

16. VIETNAM AIRLINE
Minggu ke 32: Sehingga minggu ini dibenarkan untuk menaiki pesawat
Minggu ke 32 ke minggu ke 36 : Perlu isi borang (MEDIF).
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

17. OMAN AIR
Minggu ke 28 dan minggu ke 36 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib isi borang ‘Fit To Travel’ yang perlu di isi oleh doktor. Boleh download borang dari web.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

18. SAUDI AIRLINES
Minggu ke 32 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doktor
Minggu ke 32 ke atas : Wajib ada surat doktor dan perlu isi borang (MEDIF).
Minggu ke 36 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

19. ROYAL BRUNEI
Minggu ke 28 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doctor.
Minggu ke 28 - 36 : Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

20. ROYAL JORDAN
Minggu ke 30 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan Wajib ada surat doktor.
Minggu ke 34 dan ke atas : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

Kesimpulannya selamat atau tidak menaiki kapal terbang sangat bergantung kepada tahap diri ibu itu sendiri. Jadi, jangan ambil mudah dan melanggar syarat tersebut demi keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.

Secara peribadi saya nasihatkan rancanglah sebaik mungkin jika ingin melancong sebelum minggu 28. Lebih elok jika berehat saja di rumah terutama di hujung kehamilan. Alhamdulillah kami bertiga selamat pulang ke Malaysia

PENAFIAN :
Semua maklumat diatas adalah berdasarkan pembacaan serta kefahaman dari website airline tersebut. Jika ada sebarang perubahan ianya tertakluk kepada syarikat airlines terlibat. Pastikan korang semak dulu sebelum buat tempahan tiket okey. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Tags: stayfly stayflyxadventure pregnantonflight


© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative