Brunei Darul Salam.jpg

11 Perkara Tentang Brunei, Selain Putera Mateen

Ada apa dengan Brunei? jika nak tahu haruslah pergi sendiri dan melihat negara orang.

Pada mulanya memang agak pening untuk menyiapkan itinerary selama 3H2M di Brunei, tapi bila dah sampai ianya indah-indah belaka terutamanya bila buat family trip.

1.ARRIVAL CARD
Sebelum mendarat di lapangan terbang Brunei, cabin crew akan agihkan kad imigresen kepada kami untuk mengisi ruang tersebut. Kalau terlena masa fly, nanti sampai di airport pun boleh isi sebelum proceed ke imigresen

2.DATA INTERNET
Boleh beli di arrival hall brand Progresif - 10dollar. Tapi tak boleh buat tethering

3.MAKAN MEMANG BEST
Bila dah sampai Brunei kena cuba Ambuyat dan juga ke penuhkan perut apabila ke Pasar Gadong. Bawa 10 Dollar pun tak habis guna kot, confirm diet korang akan kelauttt.

4.TAK JUMPA MOTORSIKAL
Sepanjang perjalanan di Brunei, saya cuba cari motorsikal di jalan raya, tapi memang susah nak jumpa mat mat rempit kat Brunei ni. Ini kerana, mereka selalu naik kereta je dan kalau ada pun motor yang superbike saja.

5.BANGUNAN RENDAH
Bangunan mereka rendah-rendah je dan kalau ada pun mungkin tak sampai 20 bangunan yang tinggi-tinggi. Kalau datang Brunei, travel dalam 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam dah cukup kot sebab sempat je nak cover.

6.TULISAN JAWI
Sama macam kat Kelantan dan Sehinggakan kat airport pun guna tulisan Jawi. Dari sudut ini saya puji kerana masih mengekalkan tulisan Jawi. Brunei & Tulisan Jawinya. Paling win apabila Bahasa English pun di jadikan Jawi, contohnya : Seal & Go.

7.DOLLAR BRUNEI
Walaupun matawangnya adalah Dollar, tapi disana apabila berurusan antara peniaga dan pelanggan mereka menggunkan nilai Ringgit (ianya adalah Dollar). Contoh Nasi Katok 1Ringgit means 1Dollar Brunei.

8.SELF DRIVE
Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Brunei. Jadi, jangan risaulah tentang lesen memandu kat sin. Saya suka juga untuk suggest agar sewa saja kereta di Airport dan bukak google map untuk explore sendiri Brunei. Tak rasa apa beza sangat drive di Brunei atau Malaysia, Cuma maybe kurang kesesakan

9.TIADA PILIHANRAYA
Negara Brunei ditadbir terus di bawah Duli Yang Mulia Sultan Hassanah Bolkiah. Semua urusan pentadbiran di urusakan oleh Jabatan Perdana Menteri macam tu.

10.TIADA GST
Hak ni syok la, shopping ta dak GST, makan pun ta dak GST, ehh semua la ta dak GST

11.AIRASIA COUNTER DI BRUNEI ‘STRICT”
Sebelum berlepas ke KLIA2, bagi penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur, pastikan hand carry anda adalah sebanyak 7kg sahaja ( termasuk handbag sekali ye). Kalau fly dari KLIA2 maybe staf AirAsia tak sempat nak timbang beg setiap sorang. Tapi jika di Brunei 2 kali timbang ya!!

ITINERARY - 3H2M

Day 1 :
- Sampai di Airport
- Lepas keluar imigresen beli siap2 simcard jenama Progresif
- Masjid Jame Hasanal Bolkiah, Muzium Maritim & Teknologi Melayu
- Check in Hotel / Lunch
- Pasar Gadong (food memang best)
- Istana Nurul Iman /Jerodong Park Playground

DAY 2 :
- Selepas breakfast boleh ke Leisure visit ke Empire Hotel (free saja)
- Singgah ke Pantai Tunku main ATV murah
- Sampai bandar boleh ke Royal Regelia
- Masjid Omar Ali Saifuddin
- Lunch di Restoran Aminah Ariff (Kena try Ambuyat)
- Shopping souvnir di Kompleks Yayasan
- Dinner di Dynasty Restoran (DimSum sedap)

DAY 3 :
- Check out fly ke KL

Tags: stayfly stayflyxadventure brunei


© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative