Macam Italy tapi Alacati.jpg

Macam Italy, tapi sebenarnya Alacati, Turkey

Jika kita google saja pakej percutian, travelog dan apa yang berkaitan dengan Istanbul & Turkey, pasti kita akan temui Blue Mosque, Hagia Sofia, Tulip, Konya, Pamukkale, Cappadocia, Bosporus Tour dan sebagainya. Korang pernah dengar tak nama tempat Alacati. Jika korang tengok gambar tempat ini pasti korang rasa tempat tersebut macam di Italy @ France.

Percayalah, sebenarnya ia di Turkey.

Alacati terletak 70km dari bandar utama di Turkey iaitu Izmir. Bandar ini merupakan salah satu bandar traditional di Turki dengan adanya rumah batu, jalan-jalan yang narrow, hotel-hotel butik, restoran dengan meja di sepanjang jalan. Ia juga terkenal dengan pelabuhan untuk kapal layar dan juga untuk aktiviti surfing di kawasan pantai (Cesme).

Pada siang hari kawasan ini agak tidak sibuk, so korang boleh ambil peluang untuk explore ke semua jalan serta lorong yang ada. Bagi instagrammer tempat ini pasti membuat korang rasa best sangat kerana setiap sudut adalah lawa untuk di ambil gambar.

Apabila menjelang tengahari dan petang sikit, kesemua kedai2 makan, icecream stall, mula dibuka dengan meriahnya dan apabila malam menjelma ia akan menjadi padat dengan Bar yang menyediakan pelbagai pilihan makanan serta wine. Ahahha jangan terkejut la ya kerana berdasarkan permerhatian, boleh kira dengan jari orang yang pakai tudung di sekitar Alacati ni.

Untuk ke sini, korang boleh fly dari Istabul ke Izmir Airport dan dari airport @ station bus Izmir boleh naik bus ke Alacati. Perjalanan lebih kurang 1jam 15minit macam tu. Kalau nak drive sendiri maybe kurang dari 1 jam boleh sampai Alacati ni ya. 2H1M dan cukup untuk stay disini.

Enjoy the Picture and jika korang ada masa lebih boleh ke area tepi pantai iaitu Cesme (7km) dari Alacati.

Macam Italy Tapi Alacati

Macam Italy Tapi Alacati

IMG 5143

IMG 5143

IMG 5147

IMG 5147

IMG 5247

IMG 5247

IMG 5248

IMG 5248

IMG 5249

IMG 5249

IMG 5250

IMG 5250

IMG 5252

IMG 5252

IMG 5368

IMG 5368

IMG 5369

IMG 5369

IMG 5372

IMG 5372

IMG 5373

IMG 5373

IMG 5394

IMG 5394

IMG 5395

IMG 5395

IMG 5430

IMG 5430

IMG 5431

IMG 5431

IMG 5432

IMG 5432

Tags: stayfly stayflyxadventure alacati turkey


© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative