Imran Idris

Iam Travel Photographer, Desinger & Chef

Travel Adakah Ini Suatu Passion ?

Suka travel ini bukanlah 100% disebabkan passion!. Bagi saya setiap kali saya keluar travel inilah masanya untuk terbaik untuk balajar akan erti kehidupan dan ciptaanNya. Banyak benda yang kita boleh pelajari dan lihat dari negara luar. Yang positif cuba ambil dan aplikasikan dan hidup dan yang negatif jadikan ia sebagai satu sempadan.

Bagi saya yang tidak berpendidikan tinggi ini, travel ini umpama melengkapkan segulung ijazah tentang sebuah kehidupan. Kena pandai serta bijak mencipta peluang dan cuba kutip seberapa banyak kebaikan yang boleh kita pelajari dari setiap kali travel

Sejak Umur Berapa Mula Travel ?

Saya ni kira masih baru dalam dunia kembara ini jika nak dibandingkan dengan ramai lagi traveller malaysia yang boleh digelar sifu. Saya ni kira baru setahun jagung yang mana mula travel sejak umur 22tahun dan destinasi pertama saya ketika itu adalah Phuket pergi secara overland dari Penang ke Phuket naik van siam ;p

Berapa Banyak Negara Yang Sudah Lawati Setakat Ini ?

Malu nak cakap hai, apabila di tanya berapa negara ni kerana saya masih baru dan masih muda lagi dalam dunia kembara ini, Alhamdulillah baru 27 negara setakat ini iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Cambodia, Brunei, Philppine, China, Australia, Jepun, India, Saudi Arabia, Turkey, United Kingdom, France, Italy, Netherland, Swizerland, Belgium, Spain, Norway, Sweden, Maldives, Iran, Oman, Greece dan juga Ireland.

Dalam banyak-banyak negara yang telah di lawati saya paling suka akan keindahan Swizerland & India. Insyallah jika di izinkan next trip akan New Zealand dan Rusia.

Apa Yang Triggered Untuk Travel ?

Lain orang maka lain lah seleranya, ada yang suka sejarah, ada yang suka culture, architecture, makanan, shopping dan macam-macam lagi. Semuanya adalah betul dan tidak salah untuk memilih mana atau apa tujuan kita. Ada yang ke Istanbul bagi bagi menjejak sejarah empayar Uthmaniah, ke Paris bagi tujuan shopping barangan branded, ke Jepun untuk mengumpulkan koleksi anime dan pelbagai lagi. Maka tak hairanlah ada orang ke Pulau Pinang hanya untuk makan sahaja ;p

Saya seorang yang suka melihat ALAM yang mana menjadikan saya sebagai seorang nature lover. Apabila melihat akan keindahan alam semula jadi menjadikan saya terus mendongak ke langit sambil hati bekata “Hebat CiptaanNya” dan aku bersyukur kerana diberi nikmat untuk melihat semua ini.

Setiap kali pergi kemana sahaja, saya akan cuba pastikan dalam itinerary saya banyak tempat yang lebih kepada unsur-unsur alam sama ada, air terjun, bukit, laut, hutan, sungai dan lain lain lagi. Alam mampu menjadikan kita lebih tenang dan damai apatah lagi jika sendiri pengalaman melihat semua itu secara terus. Indah bukan?

Nature Traveller Dan Photography ?

Bagi saya kamera dan explorasi alam ini memang sukar untuk dipisahkan. Saya sanggup bawa segala perlatan seperti kamera, tripod, pelbagai lens dan asesori lain seperti filter, remote control bagi merakamkan gambar alam semula jadi. Eh pakai handphone tak boleh ka?

Bermain dengan alam semula jadi ini kadang mudah kadang kena banyak bersabar. Ada sesetengah tempat ya cukup dengan hanya kita mengunakan kamera handphone seperti contoh kita nak snap gambar daun yang berwarna warni, gambar bukit dan sebagainya dan selepas itu boleh terus di upload ke media sosial. Ya kadang-kadang saya pun menggunakan Iphone sahaja untuk capture gambar-gambar yang sebegitu.

Bagi sesetengah gambar dan juga untuk mendapatkan kepuasan dalam merakamkan sesuatu gambar kadang kala perlu bersabar seperi contoh nak capture gambar Aurora Borealis, Milkyway, Sunset & Sunrise, Air Terjun iainya memerlukan kesabaran dan juga kerajinan yang luar biasa untuk mendapatkan moment-moment yang terbaik.

Pengalaman saya memburu Aurora Borealis diantara benda yang agak mencabar di mana perlu pacak tripod di dalam kawasan gelap dan suhu ketika itu ada -16. Lebih kurang 30-45minit menunggu dalam kesejukkan hanya untuk dapatkan lebih kurang 3-4 gambar yang terbaik. Saya dan juga teman juga pernah drive selama lebih kurang 1 hari setengah untuk sampai ke salah satu Taman Negara di Australia hanya untuk merakam sekeping gambar air terjun tapi hasilnya nanti anda pasti berbangga dengan kejaiban yang anda sendiri tengok serta rakamkan.

Bila anda sukakan travel dan menjadi nature lover ni pastinya anda akan tidak berjauhan dengan kamera anda, oleh yang demikian cuba pelajari basic photogrpahy seperti “Rule of Third” dan pasti gambar anda akan menjadi awesome nanti.

Sebelum nak menikmati keindahan sesuatu alam semula jadi, maka kita seharusnya bijik dan buat study terlebih dahulu seperti, jam berapa matahari akan mula naik ketika sunset mesti ada moment yang best. Bila masanya sawah padi penuh menghijau atau menguning, bila tak buat study kadang-kadang jika x bernasib baik bila kita sampai ke tempat yg kita nak pi itu, padi mungkin jugak sudah tuai. Jadilah seorang traveller yang bijak okey.

Negara Yang Sangat Sangat Anda Ingin Lawati? Kalau Ya, Di Mana ?

Ya, salah satunya sudah iaitu Ladakh, India. Ramai orang yang terpersona dengan keindahan Tasik Pangong di Ladakh apabila menonton filem 3idiots tapi berbeza pula dengan saya, Filem Jab Tak Hai Jan telah membawa saya ke Ladakh.

Hampir setahun saya buat research dan route untuk kesana dan Ladakh India, pasti tidak akan pernah mengecewakan anda melainkan anda pergi salah musim ;p

Keindahan bumi Ladakh di bawah jajahan Jammu & Kashmir ini terdapat pelbagai bentuk dan juga landscape yang anda perlu lawati seperti Tasik, Sungai, Bukit, Salji, Milkyway, Sunset & Sunrise, Sand Dunes dan pelbagai lagi.

Jika ditanya kemana destinasi wishlist selepas ini? Jawapannya adalah Mongolia! Tak salah kita banyak wishlist, tapi jika kita kurangkan wishlist dan fokus pada 2-3 sahaja itu lebih membawa kepada tercapainya hasrat kita daripada terlalu banyak wishlist tetapi 1 pun masih belum tercapai. Jika tak boleh pergi yang jauh, pergilah yang dekat-dekat dahulu.

HAPPY TRAVELLING
#stayfly
#stayflyxadventure


© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative