Artic Mission 2016

Artic, Norway & Sweden

  • Estimated Budget

    RM 8745

  • Trip Type

    Small Group of 2-3 people
  • Duration

    12 Days
  • Starting Location

    Stockholm
  • Final Destination

    Abisko

Day 1 - 4 Feb

Disebabkan ini saja yang murah lalu saya ambik saja. Why MAS ? coz yang bestnya adalah jika nak buat connecting fly from kul boleh check in beg di Penang so tak yah nak Q panjang di KLIA.

From Kul to Istanbul direct flight mengambil masa 12 jam, mau kebas jugak pungkoq wei tapi movie dalam flight so saya tetap enjoy - dah sampai transit dlm 2jam lebih terus sambung journey ke Stockholm lagi 3 jam lebih dan sampai sana dah malam, so bukak sleeping n stay di airport sudah.

Prayer room ada di airport tapi boleh digunakan untuk semua agama, dont worry just solat okey ;p

COSTING
Penang - Kul by MAS (RM 55)
Kul - Stockholm - Kul by Turkish Airlines (RM 2630)
Stock Makanan (RM150)

XTVT
Mereput dalam perjalanan

Day 2 - 5 Feb

Pagi selepas solat subuh, siap2 apa yang patut beli jus n muffin, makan habuan lapik perut dulu dari masuk angin.

Sambung lagi perjalan 2 flight : Stockholm - Oslo - Molde setiap penerbangan ambik masa 1jam cuma connecting saja lama. Dinasihatkan agar tukar duit NOK siap2 dia airport Oslo coz Molde ni airport kecik saja n tak da money changer even di pekan dia pun x jumpa melainkan pergi tukar kat post office.

Sampai Molde dalam terngahari, ambil taxi terus ke Hotel dan petang tu baru nak pi cari tour ke Atlantic Ocean Road (AOR). Apa yang menariknya AOR ni? Dia merupakan antara bridge yang terbahaya didunia jugak la coz siap curve lagi sambil di basahi ombak laut yang melintasi jalanraya tersebut.

Malangnya pergi time winter mcm tak da tour so esok naik teksis sebab cari hostel x jumpa so bertabahlah stay di Hotel Fjordstuer but hotel ini sangat cantik, tengok tingkap terus nampak lautan serta gunung ganang ;p

COSTING
Stockholm - Molde by SAS Airlines (RM 467)
Taxi from airport to hotel (RM57)
Stay di Hotel Molde Fjordstuer (RM380)

XTVT
Mereput dalam perjalanan
Free & Easy until tomorrow morning

Day 3 - 6 Feb

Lepas breakfast jalan keluar cari taxi. Perjalanan ambil masa dalam 20 minit dan sampailah ke jambatan tersebut, malangnya x leh shoot dengan baik coz angin kuat sangat dan hujan. Gagahkan juga last2 lenjun dalam kesejukkan ;( But its nice experience, menari dlm hujan gitew ha!!

Petang pula hujan dah x da maka keluarlah sang mentari, indahnya hidup rasa. Hotel yang saya duduk tu belakang dia macam pelabuhan so layan suasana orang naikkan ikan serta view bukit yang keputihan ditutupi salji.

Ada 1 kedai runcit Halal di Molde (ASAN) namanya betoi2 dekat station bus molde. Maggi kari maggi ada disini!! RM 2.50 sebungkus! dan barang2 lain mostly dari Thailand dan Halal. Coke botol RM10, so korang kiralah sendiri jika makan luar berapa harga ahahhaa.

COSTING
Taxi for Atlantic Ocean Road (RM250)
Stay di Hotel Molde Fjordstuer (RM380)

XTVT
Atlantic Ocean Road Tour!
Molde City Tour

Day 4 - 7 Feb

Plan nak ke Mardalsfossen waterfall and Aursjoveien tu tapi macam tak lepas coz snow. Last ambil keputusan terus ambil bus ke Kristiansund yang mana merupakan fisherman village gitew, tak da apa pun sangat cuma you can see n learn something for each place you go.

Sepanjang perjalan ke sana please dont sleep dlm bus & enjoy keindahan nature walaupun berwarna putih ;p

COSTING
Bus Kristiansd - Molde - Kristiansd (RM150)
Orange Jus (RM 10)
Stay di Hotel Molde Fjordstuer (RM380)

XTVT
Day Trip ke Kristiansund
Molde - Mardalsfossen waterfall and Aursjøveien Road (X leh pergi coz jalan tutup ;( snow katanya

Day 5 - 8 Feb

Meneruskan perjalanan ke Tromso, lepas brakfast terus gerak ke airport di mana flight transit di oslo jugak dan tengahari baru sampai tromso.

Setelah beberapa hari dok swap card saja, akhirnya bru jumpa money changer di pejabat pos Tromso dan fee tukar duit pun kena jugak hampeh betoi.

Di Tromso ni pun hajatnya nak nak hunting aurora, tapi pakej saja dah dekat RM 300 so x da buat apa, just buat citywalk tengok kehidupan. Jika hampa stay lama disini boleh cuba pelbagai xtvt winter seperti : Hunting aurora, dog or reindeer sledding, snowmobile, fishing on frozen lake, ski, sami village dan ofcoz buat Olaf!

COSTING
Flight Molde - Tromos SAS Flight (RM 405)
Taxi Hotel to Airport ( RM120)
Taxi Airport to Hotel Ami (RM135)
Stay di Ami Hotel (RM250)
Fridge Megnet (RM50)
Tukar Duit Punya Service Charge fee (RM38)

XTVT
Free & Easy until tomorrow morning
Citywalk

Day 6 - 9 Feb

Naik bus (Tromso Prostneset ke Narvik Rutebilstasjon) Jam 10.00am - 12.05pm

Pastu sambung naik -Train (Narvik Station - Abisko Touristation) Jam 3.12pm - 4.43pm

Hotel ni kira strategic location coz depan dia bukit yanga ada aurora sky station, belakang hotel ada tasik yang membeku. 5minit saja dari train station. Dah sampai pun lewat so x buat apa lepak2 saja.

COSTING
Bus Tromso to Narvik (RM190)
SJ Train from Narvik to Abisko (RM38)
Stay di Abisko Mountain Station (RM235)
Rental Linen Hotel (RM86)

XTVT
Free & Easy until tomorrow morning
Hunting Aurora

Day 7 - 10 Feb

Lebih kurang jam 9 pagi barulah langit Artic ini mula cerah sepenuhnya. Tak da buat apa sangat just jalan2 belakang hotel nikmati keindahan salji alaw nardnia gitew.

Di hotel ni semua xtvt winter disediakan tapi limited seat dan ada hari2 tertentu bagi setiap xtvt tu. Boleh dikatakan semua xtxt hanya hotel ini saja yang sediakan, tak la pulak jumpa kedai2 lain yang buat pakej xtxt sepanjang winter disana. Petang sikit ambil tour ke Sami Village, tak suggest sangat la nak ambik coz saya bukan peminat sejarah, sejarah hang Tuah pun x khatam inikan pula sejarah Sami Village aka orang asli norway but its something new experience.

Disebabkan ini kali pertama nak hunting Aurora so agak blur jugak kat mana port2 yang best nak pacak tripod maka termakan la promosi naik chairlift (mcm cable car) naik ke atas bukit dan lepak atas bukit tu untuk hunting Aurora. Disebabkan atas bukit tu memang sejuk n beku gila sebelum naik korang boleh pakai baju serta kasut yang disediakan. Lebih kurang jam 9mlm sampai ke puncak, tunggu sampai jam 12 masih x nampak apa dan orang pun mula turun dh kebawah coz kecewa x nampak Aurora! 12 suku macam tu, tudia langit pun dah clear dari snow & awan maka tanpaku sedari mataku mula berkaca dan x mampu nak kata apa, AURORA DANCING dengan penuh meriahnya!!

Ok disini perlu ditekankan adalah dari segi equipment camera yang nak shoot aurora ni. Konsep dia sama macam nak shoot MilkyWay iaitu guna kaedah long exposure yang di setting secara manual. Abam ringkaskan macam ni saja apa yang perlu ada :
  1. Kamera DSLR (middle range keatas, yg leh support high iso) brand apa pun x pa, janji pandai guna manual.
  2. Lens kalau boleh yang (F) rendah macam 1.8 kebawah cun sangat lah jika x da kit lens pun boleh saja.
  3. Tripod yang stabil + remote kamera (option)
  4. Setting yang betul amatlah penting
  5. Tahan sejuk dan sabar menanti tunggu aurora keluar.
Ramai yang bawa tripod & kamera abam nampak, tapi sayang depa setting x berapa betoi yang mana sempat abam tegur2 la time tu agar berbaloi trip depa kesini.

Bolehkan tengok dengan mata kasar? Ya boleh jika anda berada ditempat mmg x tak sebarang cahaya lampu kereta, lampu bangunan, lampu jalan senang kata tempat betoi2 gelap so boleh nampak direct la, jika di Aurora Sky Station ni korang nampak warna kelabu macam asap di langit saja, tapi bila shoot long exposure tu nampak kaler-kaler dia.

Jam 2 pagi tamat hunting, lena dengan senyuman. Mission accomplish!!

COSTING
Pakej naik cable car ke Aurora Station (RM320)
Sami Village Tour (RM105)
Stay di Abisko Mountain Station (RM235)

XTVT
Tour Sami Village
Tour Aurora Sky Station
Hunting Aurora

Day 8 - 11 Feb

Biasalah budak kampung bila nampak salji akan jadi jakun! So wujudlah video makan salji dengan moktan hari tu. Disebabkan hotel yang saya stay ada macam2 xtvt yang boleh buat so pagi ni just buat benda yang free.

Just walk belakang hotel ke tasik yang jauh keputihan diselaputi salji dan membeku, korang siap boleh jalan atas tasik lagi ok. Pastu anda canyon & waterfall, boleh tengok la frozen waterfall macam mana. Agak berkaca la mata jika lihat kekuasaan sang pencipta langit dan bumi ini. ;p

Balik hotel rest apa semua, siap tidoq dulu coz malam jam 11 malam baru nak sambung hunting Aurora, so dah tau dimana port2 nak pacak tripod so layan belakang hotel saja. FOC saja snap la sampai lebam dan yang best lagi malam tu banyak pulak taik bintang melintas!!!!! Kelu tanpa kata.

Enjoy the aurora with new excitement!

Kat hotel ni juga ada kedai ala2 mart gitew, jual makan serta barang outdoor. So kita yang suka masak ni buat pasta dengan kari ayam hahahhaa.

COSTING
Beli Jus/Pasta (RM25)
Fridge Magnet (RM160)
Stay di Abisko Mountain Station (RM235)

XTVT
Buat ais kepai & rambutan
Explore lake yang membeku
Waterfall yang membeku
Hunting Aurora

Day 9 - 12 Feb

Travelling from Abisko Touristation - Kiruna Station by SJ Train. Dari Kiruna Station naik taxi ke hotel. Kenapa naik taxi? sebab agak jauh dari train station ke hotel dan salji lebat kot! Mau beku jugak jika nak jalan.

Check saja terus get some info dari reception untuk ke ICE Hotel. ICE Hotel senang kata benda yang wajib hampa masukkan dalam itinerary bila sudah sampai ke Sweden. Dari Abisko ambil lagi Artic Circle Train ke Kiruna (1jam30min kot) antara bandar besar la jugak dari Abisko. Dari Kiruna boleh ambil bus or taxi dan 20 minit perjalanan terus sampai ke Jukkasjarvi dimana terletakkany ICE Hotel.

Apa yang istimewanya ICE Hotel ni adalah iainya wujud time winter saja iaitu bermula dari Dec-April dan setiap tahun hotel ini dibina dengan ukiran ais yang baru. Terdapat 17 Art Suite, 14 Ice Room, 12 Northern Light Room, 5 Snow Room dan 2 Luxury Suite dan harga bai setiap bilik bermula dari RM1300-4300. Kau mapoo? kalau bagi free pun x ingin pun nak stay, sejuk wei cer bayang nak kecing macam mana ahhaha.

Selain hotel ice hotel yang x berais jugak disediakan diluar ICE Hotel ini serta benda lain yang korang boleh tengok lawati adalah Ice Sculpting, Ice Church, Aurora Hall dan yang paling awesome adalah ICE Bar "The World Coolest Bar" semua diperbuat dari ais hinggalah cawan yang serve air tu pun daripada ais. Nak order la jugak sirap limau ka, barli suam ka ahhaa malangnya semua alcoholic drinks kat sini.

Malam x da buat apa just suka jalan2 tanpa arah, lihat dunia lihat kehidupan dan belajarlah sesuatu.

COSTING
SJTrain from Abisko to Kiruna (RM35)
Taxi - ke Hotel (RM18)
Taxi - ke Ice Hotel (RM94)
Taxi - Train station (RM33)
Stay di STF Malmfaktens Folkhogskola (RM258)
Visit ICE Hotel (RM160)
Fridge Magnet (RM35)

XTVT
Ice Hotel / Visit

Day 10 - 13 Feb

Travelling from Kiruna Station - Stockholm Central (16jam wei).

Paginya x da buat apa coz salji mencurah2 diluar bilik so lepak dalam bilik saja sampai tengahari. Jam 2 mcm tu lepas lunch baru keluar melangkah pi ke Pekan dia, siap ada pasar malam kot. Macam mana pasar malam kita begitulah pasar malam kita or ala2 uptown gitew. Cuba bezanya depa niaga dalam salji ahhahaa.

Singgah supermarket disana beli stock makanan untuk sambung journey petang kelak. 16 Jam hokey naik train! Disebabkan dah merasai 20 jam naik train darI Penang ke Bangkok by train so 16 jam kira ok la. Nak enjoy view masa journey tu tak da dah coz dah gelap.

Beli ticket train sekali dengan tempat tidoq. Satu couch tu tempat duduk & tidur tu boleh muat 6 orang. Agak sempit saya rasa. Penang- Bangkok rasa luas lagi cuma di penang tu x da bilik la, main tutup pakai tirai saja.

Good night & hello Stockholm!

COSTING
SJTrain from Kiruna to Stockholm Central (RM386)
Beli Bread, Jus, Foods (RM50)

XTVT
Free & Easy until tomorrow morning
Citywalk

Day 11 - 14 Feb

Stockholm - Capital City of Scandinavian just arrive seperti yang ternyata dalam jadual perjalan. Terus keluar dari train station dan jalan ke Hostel.

Masak makan apa semua dan sepanjang 2minggu ni mmg x makan luar langsung. Yang ada just beli pasta kering, jus, buah dan roti saja. Yang lain semua angkut makanan dari Malaysia, trust me jimat banyak!!

Petang sikit macam biasa city walk, sesat dalam perjalanan pun ada coz silap baca map ahahhaa. Ada juga port2 heritage dan oldcity kat sini dan saya suka untuk lihat senibina tu semua, keep walking. Last check point adalah ke Monteliusvägen di mana kena naik bukit sikit saja dan boleh ke viewpoint untuk tengak Stockholm secara keseleluruhannya.

Otw balik singgah kedai beli fridge magnet , sepanjang pengembaraan ni rasanya di Stockholm ja kot ada jual ole2 yang agak meriah. Tempat lain susah sangat nak jumpa pun di airport saja. So sebab sekeping fridge megnet dah dekat rm22 sekeping so orang yang bertuah saja la dapat. 3 keping 10 hengget mmg tak da la wei sini!

Jika nak makan kebab tu hati2 sikit disini coz mula2 dah rasa pelik coz tak ditulis wording jawi or anything pasal Halal. Dok bajet macam europe countries lain halal punya kebab. Pi di kaunter tanya halal ka? Yes Halal. Lepas tu tunjuk satu main course pada poster promo kebab tu dia jawap. "No that is pork" Hurmmm terus ke 7e beli susu makan dengan pishang!!

Good night Stockholm & xtvt mengemas beg bermula.

COSTING
Stay di City Backpackers Hostel (RM146)
Beli Coffee (RM10)
Fridge Magnet (RM160)
Beli barang di 7Eleven (RM25)

XTVT
Free & Easy until tomorrow morning
Citywalk

Day 12 - 15 Feb

After breakfast Tak buat apa dah. Pagi gerak ke Airport awal coz nak shopping perfume & ready to take off!. Home sick katanya ahahhaa.

Dari city centre boleh ambil bus ke airport selama 45min perjalanan. Then fly ke Kuala Lumpur

COSTING
Bus to Airport (RM60)

XTVT
Mereput dalam perjalanan

Day 13 - 16 Feb

Hello Malaysia, Sampai KL tunggu next flight ke Koh Samui untuk celebrate my brithday ;p

TOTAL COST : RM8745.00 all in

TAMAT

© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative