The Heaven of Ladakh

Jammu & Kashmir, India

  • Estimated Budget

    RM 3000

  • Trip Type

    Small Group of 5 people
  • Duration

    10 Days
  • STARTING LOCATION

    Srinagar
  • Final Destination

    Manali
Visakapathnam - Srinagar - Kargil - Leh - Nubra - Manali - New Delhi
Hampir 1 tahun saya plan untuk kesini dan akhirnya menjadi jua bersama 4 lagi rakan BBM iaitu Dr. Haji Faiz Najmi, Muhamad Shiham Zawawi, Azura Aris & Chinoy Yusof. So senang charted 1 jeep terus untuk trip kali ini.

Kami pakai pakej (ground) from srinagar airport sampai station bus new delhi. Ramai kata tak cukup backpack la pakai agent! Bagi saya jika anda masa atleast 14 hari tak termasuk hari perjalanan dari malaysia ok ja korang nak redah coz agent banyak ja disini, but kami hanya ada 10 hari saja tapi niat dihati nak cover semua tempat yang popular di ladakh,

saya study road n semua segala pastu customise terus itinerary then agent bagi harga hanya RM1700 untuk 10h9m all in (exclude lunch). So hampa boleh refer itinerary yang saya karang ni okey.

Cost semua : RM3000 all in (Flight Malindo & Airasia 269 + AirIndia 650 + Package 1700 + Lunch & shopping dalam 300 ++)

Lain-lain :
  • Kat sini ada ja orang islam, tapi orang pompuan tak leh solat di masjid. Makanan halal ada but kami jadi vegetarian ja kat sini
  • AMS (acute mountain sickness) kena jaga n study sikit kang jadi macam saya kena ambil oxgyen cost ladakh adalah ditempat yang tinggi
  • Stanby ubat pening & muntah kompom dapat punya. Kalau korang charted jeep senang nak berhenti nak muntah, solat, snap pic dll. 1 jeep 4&5pax.
  • Bagi yang suka layan landscape jangan malas bawa tripod & dslr coz anda pasti rasa berbaloi bila bawa dan menyesal jika tak bawa.

Day 1

Penang - Kuala Lumpur - Visakapatnam by AirAsia
JOURNEY HOURS
Flight 4.30min

COSTING & REMARKS
Airasia RM200 (return + luggage)

Sampai di airport dah mcm jam 10 mlm so ambil keputusan nak stay dia airport. Airport dia kecik saja, imegresen ok saja di sini cuma nak kena Q panjang sikit.

Bajet stay dalam airport since ada terbaca airport di dah operasi untuk 24 jam tapi jam 12 mlm dia dah tutup..huhu maka tidur lah dijalan luar airport bersama nyamuk dan anjing serta seribu bintang.

ACCOMODATION
Tidor di luar Airport sudah

Day 2

Visakapatnam - Delhi - Srinagar by Air India
Stay journey from Srinagar to Kargil by Jeep

JOURNEY HOURS
Flight 3.40 min + Jeep 6 jam

COSTING & REMARKS
AirIndia RM650 (return)

Bangun awal kot pagi ni ahahhah. Make sure korang print bording pass or booking or view by phone kalau tak tak leh masuk airport.

Flight jam 8.50 pagi but delay hampir 1 jam ;(

Setibanya di Airport Delhi mmg depa dok tunggu dah la kami depan gate untuk catch next flight tu ke srinagar..berlari dan berkejaran la pagi tu. Dah masuk flight delay lagi.

Setibanya di srinagar airport, dugaan lagi beg tak sampai, buat report di kaunter airindia dan diberitahu beg masih di Delhi, Ayooooook!! Then esok pulak baru beg boleh sampai, padahal kami dah kena start tour dah. So tukar tempat, minta airindia terus hantar ke Leh Airport.

Mengapa tak terus ke Leh, sebab bila terus ke Leh kita akan terus berada dikawasan 4000M dari paras laut, dikuatiri kita tak mampu nak control penafasan dan menyebabkan serangan AMS. So kami start dari paras bawah iaitu bermula dari Srinagar.

Jika ada masa, stay la di Srinagar dlm 2 hari coz disini ada boat house dan gunung ganang yang sangat awesome utk dinaikmati, but kami punya misi kali ini adalah Ladakh, so sringar ni just pass away ja la untuk ke sana.

Sekitar jam 4 petang kami baru setel beg3 apa semua dan jeep sudah tunggu diluar airport, bermula lah pengembaraan ke Kargil overnight 1 mlam sebelum meneruskan perjalanan ke Leh.

Jam 10 mlm kami sampai, fuh lunyai pakat muntah dan sakit kepala habis disebabkan faktor bukit, keadaan jalan yang pusing2.

Bila lepas rest jap, keluar bilik Masyallah Milkway @ Jutaaan bintang atas kepala sedang menanti untuk dirakamkan, tapi sayang tripod masih ada delhi bersama luggage ;(

Kami ambil pakej RM1700seorang all in utk 10d9n exclude lunch only.

ACCOMODATION
Kargil Retreat Camp (Tido camp ja mlm ni, tapi katil semua ada mcm biasa, toilet pun dalam tent. No wifi n hotwater)

Day 3

Kargil - Lamayuru - Leh
JOURNEY HOURS
Jeep 9 jam

COSTING & REMARKS
Seawal jam 7 pagi kami dh mula gerak, otw ke sana akan jumpa Lamarayuru moanstery / Lunar landscape ala2 planet marikh. View bukit2 memang best n takjub ciptaan tuhan.

Seperti biasa muntah n sakit kepala menyapa lagi sabor jela. Jam 3 petang sampai di Leh dan terus check in hotel -rest & dinner.

ACCOMODATION
Jigmet Guest House (Hotel ni best, wifi, hotwater, garden, self pick buah epal)

Day 4

Leh Local Sightsseing
JOURNEY HOURS
Jeep 9 jam

COSTING & REMARKS
Pagi2 ke airport dulu ambik luggage yang delay. 4 hari woii pakai underwaer yg sama.lol
Today just get rest di Leh untuk pastikan klita boleh sebati dengan kawasan tinggi, so buat city tour macm tu ja la, dalam masa yang sama boleh apply permit siap2 untuk ke Pangong Lake, Nubra Valley.

Antara tempat yang kami pergi adalah :
  • Shey Place
  • Hemis Monastry
  • Shanti stupa
  • Leh Place
  • Leh market
ACCOMODATION
Jigmet Guest House (Hotel ni best, wifi, hotwater, garden, self pick buah epal)

Day 5

Leh - Nubra Valley
JOURNEY HOURS
Jeep 7 jam

COSTING & REMARKS
Untuk information korang semua tempat2 yang best2 ni semua diluar Leh, nak kata jauh tu tak la sangat dalam 120-220 km ja but condition jalan serta bukit2 tu yang menyebabkan lambat sangat nak sampai. Muntah dah kurang just stanby ubat pening.

Otw ke Nubra valley akan lalu The Highest Motorable Pass iaitu Khardungla Pass. Lebih kurang 18500FT so korang leh stop main salji jap di atas puncak ni enjoy the view of mountain.

Dalam jam 4 sampai hotel rest dan jam 6 petang kuar semula untuk ke :
  • Sand Dunes (ini best dah macam ke dubai rasanya padahal india)
  • Sebelah sand dunes patutnya ada Bacterian Camel cuma masa time pergi mcm tutup ja hampa sikit and just rest layan sunset di sand dunes
Malam memang awesome habis. Tripod dah dapat apa lagi menjala Milkway !!! Best sangat layan jutaan bintang dilangit :P

ACCOMODATION
Lotus Resort (Hotel ni best, wifi, hotwater, garden, self pick buah epal)

Day 6

Nubra Valley - Leh
JOURNEY HOURS
Jeep 7 jam

COSTING & REMARKS
Plan asal adalah dari Nubra Valley terus ke Pangong Lake, tapi disebabkan salah satu jambatan yang perlu di cross air sungai naik so after breakfast terus gerak ke Leh semula.

Dalam jam 3 petang sampai leh n rest. Lepas asar pusing pekan leh, layan culture orang kampung dan mencari sedikit barang untuk nak shopping. Tapi di sini agak mahal so nanti leh shopping di Manali (otw balik nanti).

Malam dinner n rest.

ACCOMODATION
Jigmet Guest House (Hotel ni best, wifi, hotwater, garden, self pick buah epal)

Day 7

Leh - Pangong Lake - Leh
JOURNEY HOURS
Jeep 6-7 jam

COSTING & REMARKS
Disebabkan masa yang sangat singkat tapi niat dihati nak kesemua tempat, maka terpaksa buat day trip ke pangong lake, after breakfast terus gerak. Dalam jam 2 sampai sana disini agak sejuk coz tasik ni berada di kawasan yang tingggi.

Takjub akan kehebatan sang pencipta, air tasik sangat jernih, biru, sejuk dan sedikit masin ambil wuduk serta solat tepi tasik yang mcm korang tengok dalam The Vocket tu hehhee. (Credit pada Faiz Najmi). Lepak hampir 3 jam dan patah balik ke leh. Sampai dah nak malam rest terus di hotel.

ACCOMODATION
Jigmet Guest House (Hotel ni best, wifi, hotwater, garden, self pick buah epal)

Day 8

Leh - TsoMoriri
JOURNEY HOURS
Jeep 9 jam

COSTING & REMARKS
Never say goodbye pada leh but kami meneruskan perjalan balik sambil singgah di Tso Moriri pulak, jalan raya yang baru lebih baik kondisinya, tetapi bila dah halfway jalan terpaksa patah balik ikut jalan lama. So mati kutu la dok dalam jeep!

Dalam jam 5 petang kami kami sampai di Tso Moriri. Bagi saya Tso Moriri lebih cantik dari Pangong Lake tu (dia terkenal dengan 3 idiot ja). So terus masuk camp take a rest then terus jalan kaki ja ke tepi tasik layan sunset berlatarbelakangkan gunung bersalji!

Dinner dan dalam jam 10 malam, macam seperti diramal Milkyway melintang atas khemah kami, dengan semangatnya pacak tripod untuk merakamkan keindahan ciptaan tuhan. Selesai snap apa semua, ambil kerusi malas + selimut kami stay luar khemah, hampir 20-30 kali nampak taik bintang melintas2 dilangit. Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan Subahanallah, buat pertama kali dalam hidup tengok taik bintang melintas!!

ACCOMODATION
Nomadic Camp (tapi katil semua ada mcm biasa, toilet pun dalam tent. No wifi n hotwater)

Day 9

TsoMoriri - Jispa
JOURNEY HOURS
Jeep 12 jam

COSTING & REMARKS
After breakfast terus gerak dan berhenti di beberapa tempat untuk snap photo lagi, ini yang untongnya bila charted satu jeep. Senang nak berhenti solat, kecing ka.

Korang jugak akan lalu di Tso Kar, mcm ada garam hablur sikit di sini.

Hari ini hujan, so perjalanan agak slow jam 9 mlm baru sampai Jispa wei, kebas pungkoqq baq ang. Terus check in dinner and rest.

ACCOMODATION
Padma Lodge (No wifi, ada hotwater, yang lain semua ok.)

Day 10

Jispa - Manali - Delhi
JOURNEY HOURS
Jeep 5 jam + Bus 16 jam

COSTING & REMARKS
Semalam sampai dah gelap, but when you wake up, satu lagi keindahan gunung ganang depan bilik dengan kabus2 pagi, hati makin sayu rasa nak tinggalkan Ladakh yang belum puas untuk di explore.

Gerak awal pagi, melalui Rohtang Pass, korang leh berhenti n layan view sepanjang perjalanan. Jika di permulaan pemgembaraan lebih kepada view bukit batu tapi di Manali ni lebih kepada bukit hijau dan waterfall. Indah saujananya.

Jam 2 mcm tu kami sampai sana sebelun naik bus jam 5.30ptg untuk ke Delhi. So sampai pekan manali makan apa semua, tapi yang best sini adalah shoping. Saya sendiri beli kain bersulam ni berhelai2 harga dlm rm15-60. Kain 5meter elok buat baju bagi pompuan la. Haven jugak wei shoping di Manali. semuanya kira murah la.

5.30 Petang naik bus (macam bus express kita ja cuma 4 seaters + air mineral + plastik untuk muntah). Perjalanan hampir 15 jam dengan 2 kali berhenti baru akan sampai Delhi
Korang leh enjoy view la ladang2 epal n sungai2 sebelum gelap mendatang dan zzz.

ACCOMODATION
Overnight dalam bus (siap bau muntah orang kot)

Day 11

Delhi - Visakapatnam by Air India, Visakapatnam - Kul by AirAsia
JOURNEY HOURS
Flight 6 jam

COSTING & REMARKS
Dalam jam 8 pagi sampai Delhi. Terus ke airport coz masuk ja Delhi dah jadi semak sikit dengan persekitaran. Lepak airport mandi n makan apa semua. Jam 3petang fly ke Viskapatnam by AirIndia (nak murah punya pasal kena la lompat2). Jam 7 sampai.

Next flight by AirAsia adalah Visakaptnam - Kul jam 9 mlm lebih dan sampai klia2 jam 4.20 pagi. Masuk ja dalam flight fuhh lapaq terus nasi lemak dia sekali habis makanlah nasi dagang.

ACCOMODATION
Overnight dalam flight

Day 12

Kul - Penang by Malindo
JOURNEY HOURS
Flight 1 jam

COSTING & REMARKS
Jam 4.20 pagi mcm tu sampai lah bumi tercinta!! Fuh hampir 2 hari kot nonstop travelling untuk balik. Solat n lepak jap klia 2 dan jam 8pagi adalah next flight to my home sweet home iaitu Penang.

Sampai penang jam 9 adik saya pickup then terus singgah masjid mandi salin baju apa semua terus masuk opis jam 10 pagi. Fuhhh muka kena steady ja masuk opis...cuti sudah habis bro!!
Tengah hari aku adjust perut seperti biasa iaitu Nasi Kandaq!!

ACCOMODATION
Home Sweet Home

© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative