Karijini National Park - Demi Sekeping Gambar

Karjini National Park, Perth, Australia

  • Estimated Budget

    RM 2409.75

  • Trip Type

    Small Group of 3-5 people
  • Duration

    6 Days
  • Starting Location

    Perth Airport
  • Final Destination

    Karjini National Park, Perth, Australia
Jika orang travel ke Perth tempat wajib yang akan dilawati adalah seperti Freemantle, Kings Park, Lancelin, Caversham, Busselton Jetty, Pinnacle dan sebagainya tetapi kami memilih untuk ke Karijini National Park untuk enjoy nature disana. Senang kata kami hanya gunakan perth sebagai entry point untuk masuk ke Australia dan terus ke sana.

Dimana letaknya Karijini National Park ini?, jika dalam map tu ianya berada diatas Perth dan mengambil masa 15 jam perjalan tanpa henti sejauh 1382km. Mulanya nak naik flight saja ke sana, tapi check harga untuk return ticket adalah sebanyak RM2500 untuk 1jam lebih sahaja fly, sedangkan Kul - Perth - Kul baru RM351 Hahaha. Oleh yang demikian kami ambil keputusan untuk buat Road Trip ke sana.

Mengapa ke sana yang jauh berkilo-kilo? Sebab saya adalah nature addict dan ada satu port tu yang saya sangat teruja nak pi tangkap gambar disana iaitu di Hamersley George. Nasib baik lagi 3 orang travel partner jenis layan saja apa pun boleh maka kami berempat memulakan perjalanan.

Day 1

Tiba di Perth sekitar jam 5 pagi, solat mandi apa semua lepas tu ambik Uber Taxi ke Britz iaitu pembekal perkhidmatan sewa Motorhome kami. Pada mulanya semua tak mau terima request booking kami coz kami nak hantar pada hari ahad tapi depoh aka opis mereka semuanya tutup. Terus hantar personal email kepada Britz akan situasi kami macam mana akhirnya dia apporve booking kami so bayar apa semua setel. Dapat saja kunci Motorhomes baca sedikit manual terus gerak maklumlah umpama bawa lorry kot. Nasib saya ada 3 driver yang hebat.

Memulakan perjalanan ke Belmont untuk dapatkan bekalan makanan, so saya bukan driver untuk trip kali ni maka saya jadi chef. Makin kembang la 4 orang kami coz hari-hari makan sangat meriah! Makan siap2 dulu di area Belmont tu dan tenghari mulakan perjalanan ke Karijini.

Sepanjang perjalanan jika driver letih maka kami akan berhenti masak, solat, snap gambar dan sebagainya. Selepas baru sambung travel balik. Perlu di ingatkan menatang Motorhome ni kuat jugak makan minyak diesel ni stanby saja la duit lebih sikit untuk diesel. Semakin jauh dari bandar besar semakin mahal harga diesel. Bertabahlah!

GPS yang kami gunakan sering bagi warning untuk tidak drive pada waktu malam, sekitar jam 11 malam kami still teruskan perjalanan sehinggakan berlakunya insiden terlangar sekumpulan kambing yang tiba-tiba melintas. Cuba elak nasib Motorhome kami tak terbalik, habis hancur cawan dan pinggan kes tu gambar makanan yang saya post sebelum ni cawan ada 2 saja coz 2 lagi dah pecah. Rasanya kambing tu arwah jugak la coz bumper depan barai teruk!.

Day 2

Dalam jam 1 pagi kami berhenti dan tidur di tepi jalan di sebuah pekan kecil iaitu Mount Magnet, lepas subuh apa semua makan kami teruskan perjalanan lagi. Jauh weiii tak sampai-sampai lagi tiba minyak habis 6km saja lagi nak sampai Petrol Pump, nasib ada sudi membantu untuk cari tong dan dapatkan bekalan diesel, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan orang yang bermusafir.

Drive, makan, solat apa semua pastu Cermin Motorhome pulak retak terkena batu dari mana tah. Call Britz punya customer service rilex saja dia kata suruh ambik tape dan tampal pada cermin tu dan kemalangan semalam tu semuanya di cover oleh insuran. Fuh Lega dengar!

Setelah travel dari tengahari semalam, jam 9 malam akhirnya kami sampai ke Karijini National Park. Bayar National Park punya fee ( self service kot bayar ) dan baru masuk dalam kawasan park untuk cari camping site ( sekali lagi self service bayar) dia sediakan sampul saja untuk kita masukkan duit pada kaunter yang disediakan.

Malam tu kami menginap di Dales George Campground. Lepas makan apa semua maka Layanlah Hotel Jutaan Bintang di langit yang terbentang luas, takjub akan kuasa sang Maha Pencipta langit dan bumi.

Day 3

Lepas subuh makan apa semua, seperti biasa perlu di ingatkan bila dah naik Motorhomes ni, kena la isi air untuk kegunaan singki dan juga shower dalam Motorhome tu. Dalam masa yang sama kena la jugak buang waste water serta menjadi Pencacai Angkat Najis hahah dari toilet yang digunakan. Setiap pagi or bila penuh ja kena buang dalam Dumb Station yang disediakan dan isi balik air!

Hari ini pusing2 area Dales George saja anatara tempat menarik yang boleh dilawati adalah seperti, Circular Pool, Three Ways Lookout, Fortescue Falls, Knox Gorge (boleh refer gambar) untuk faham geografi di Karijini ini.

Petang kami gerak dan sekitar Magrib kami tiba di Karijini Eco Retreat, satu -satunya camping site yang meriah dengan kedai makan minum apa semua. Terus parking Motorhome, masak makan serta good nite bersama bintang - bintang.

Day 4

Awal subuh lagi dah gerak dari Campgroud menuju ke Pekan berhampiran untuk mendapatkan bekalan makan serta diesel iaitu di Tom Price. Jangan terkejut pi di supermarket di jumpa 2 batang serai RM16 Hengget, padahal belakang rumah saya naik mencacak saja ahhahaa.

Selepas tu meneruskan lagi perjalanan ke tempat yang memang kami aim nak pergi iaitu Hamersley George (boleh refer gambar) snap gambar apa patut dan dalam jam 1 tengahari kami mula gerak balik. Lagi 1500km perlu dilalui sebelum nak sampai perth.

Perjalanan demi perjalanan berhenti makan dan solat dari siang hinggalah malam kami meneruskan perjalanan pulang. Sekitar jam 3 pagi bila dah letih kami pun berhenti di kawasana mana entah dan tido sampai esok pagi. Oh lupa nak cerita malam tu kami langgar sekor kanggaro ahahh bertambah rabai bumper Motorhomes tu.

Day 5

Awal subuh jugak sekitar jam 7 pagi dah gerak menuju ke Hamelin Pool dimana perjalanan pulang kami menggunakan jalan lain pulak dari iaitu area lautan hindi. Nampak la laut pulak asyik nampak gurun sahara saja sebelum ni. Shoot 2-3 keping gambar di area Hamelin dan meneruskan perjalanan.

Jam 5 petang kami stop di Pionner Park itu pun GPS yang bawa ahhaha, layan sunset, makan, solat, mandi apa semua sebelum sampai ke Perth.

Lebih kurang jam 9 malam kami tiba di Perth so alang2 minyak ada 3 bar lagi so just lalu saja la area town city tu tapi tak ada benda nak buat la tengok building saja la. Jam 11 malam kami sampai di destinasi iaitu Central Caravan Park. Disebabkan ahad tutup pusat depoh Britz so kami diminta parking di park tersebut dan tinggalkan kunci apa semua di situ esok baru staff dia datang ambil.

Makan, mandi serta cuci Motorhome apa patut dan pack beg apa semua siap jam 1 pagi rojer Uber Taxi untuk ke Airport.

Day 5

Datang mereput dalam 3-4 jam sebelum terbang kembali ke Tanah Air Tercinta.

Breakfast apa semua dan solat subuh siap sebelum masuk kapai dan Alhamdulillah jam 7pagi selamat terbang untuk pulang. Alhamdulillah syukur semuanya baik2 saja.

Sorry tulis terpanjang untuk kali ini.

COSTING

FLIGHT : Png - Kul - Perth - Kul- Png (RM451)
LUGGAGE : Png - Perth - Penang (RM278/4 : 69.5)
VISA APPLICATION : (RM20)
UBER TAXI : Airport transfer to motorhome (RM110/4 : 27.5)
MOTORHOME : 6day with Express Return & insuran (RM3672.14/4 : 918)
DIESEL : (RM1715/4 : 428.75)
FOODS : 35% from malaysia, 75% beli di aussie : (RM580/4 : 145)
PARKING CARAVAN : 3 tempat (RM592.35/4 : 148)
PARK ENTRANCE : (RM40/4 : 10)
COFFEE & BREAKFAST: Airport & petrol pump (RM145)
LUNCH : First day (RM 47)

TOTAL RM2409.75nett (All in from Penang)

© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative