Trip Bajet - Pulau Besar

Mersing, Johor Darul Ta'zim

  • Estimated Budget

    RM 250

  • Trip Type

    Small Group of 3-5 people
  • Duration

    2 Days
  • Starting Location

    Jeti Mersing, Johor
  • Final Destination

    Pulau Besar, Mersing, Johor
  • Boat transfer dari Mersing ke Pulau Besar
  • Makan tengahari, minum petang, malam, dan sarapan pagi
  • Penginapan ala2 rumah kampung untuk 1malam
  • Snorkling 2 spot
  • Untuk tempahan : 013-348 5171 (Kak Khadijah)
Drive dari KLIA2 ke Mersing (lebih kurang 4 jam) dan jika anda dari Senai Airport (Lebih kurang 2.30 jam) untuk sampai ke Jetty mersing. So kami gerak malam sampai esok pagi di Mersing.
Untuk pengetahuan anda semua, Mersing ni banyak Pulau-Pulau yang cantik dan jernih airnya. Yang paling best orang akan pergi ke Pulau Rawa la, tapi agak mahal untuk ke sana kerana dah jadi private island. So kami ke Pulau Besar yang mana dulu ada kampung disini tetapi sekarang dah tak stay di sini dan berpindah ke Mersing.

Di Pulau besar ini ada 3 chalet ala2 resort macam tu dan kami punya berada di paling hujung sekali dimana rumah orang yang di convert menjadi tempat penginapan kami, ada 4 bilik saja so bila orang tanya apa nama resort yang kami stay jawapnya : Rumah kampung yang tiada nama haha.

Boat khas dah tunggu kami so tak yah nak beratur cari boat di kaunter ticket. Dari Jetty Mersing ke Pulau Besar ambil masa 30minit.

Masa dah sampai sana hanya kami berempat saja guest kat rumah tu, so dah macam private beach kot hahaha, depan rumah ada buaian, court bola tampar dan terus lautan dengan air yang jernih.

Jika nak ke Pulau Rawa yang ada sliding tu boleh deal dengan abang boat dimana harganya sekitar (RM150/per boat) - return dari Pulau Besar.

Day 1

  • Tiba di jetty mersing, terus naik boat ke Pulau Besar
  • Check in hahaha sangat kononnya
  • Makan tengahari & rehat
  • Terjun masuk ke laut dahulu yang best teduh coz bawah pokok.
  • Petang sikit island hopping dan snorkling di Pulau Tengah & Pulau Hujung (extra charge rm20 untuk goggle)
  • Balik lewat petang, order nescafe dengan goreng pisang (extra charge rm10)
  • Sambung main bola tampar pantai gitew
  • Dinner dan layan angin malam

Day 2

  • Air surut so boleh jalan ketengah laut tengok lumut dan coral yang lama2
  • Breakfast dan pusing pulau tengok kampung lama yang ditinggalkan
  • Terjun laut sekali lagi
  • Jam 11 gerak balik ke Mersing
  • Tiba ke Tanah Besar drive balik KL
  • Lunch di Kluang RailCoffee (pekan area) cuba try Lontong Goreng!
  • Minum petang di Kluang RailCoffe (railway station) cuba try Cucur Bilis, Kopi & Roti kaya!
  • Jam 7malam sampai KLIA dan back to Penang.
Aktiviti lain yang boleh buat : Hiking Pulau Besar, Day trip ke Pulau Rawa & Hiking (pandai-pandai la hampa deal dengan abang boat tu - muka garang tapi dalam hati ada taman)

© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative