Roadtrip X Wildcamping In Oman

Oman

  • Estimated Budget

    RM 1105.08

  • Trip Type

    Small Group of 3-5 people
  • Duration

    8 Days
  • Starting Location

    Muscat Airport Surabaya, Oman
  • Final Destination

    Muscat Airport Surabaya, Oman
Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana memberi peluang untuk bermusafir lagi untuk melihat dunia dan ciptaanNya dan kali ini saya ke Oman.

DIMANAKAH OMAN?
Senang cerita ianya terletak di sebelah Dubai, Saudi dan Yaman so boleh consider sebagai Middle East country la jugak. Muscat adalah ibu negara bagi Oman dan mengunakan matawang OMR (Oman Riyal / 1OMR = RM11.80) memang menagis dibucu money changer la jawapnya.

APA YANG MENARIK?
Di Oman ini lebih kepada tempat-tempat nature seperti Wadi, Pantai, Bukit, Padang Pasir, dan semua tempat itu senang nak pergi dan tak la jauh dari satu tempat ke satu tempat.

ITINERARY UNTUK ROAD TRIP?
Route kali ini banyak menggunakan Highway oman, seronok drive di sana coz kereta tak banyak tapi mula-mula tu pening coz driver disebalah kiri okey. Tol tak ada, tapi speedtrack every 2km ada terpacak.

Kali ini kira round Oman sajalah jawapanya : Muscat Airport - Sultan Qaboos Grand Mosque - Carefour - Mutrah Souq - Wadi Daqyah Dam - Bimmah Sinkhole - Fins - Wadi Shab - Tiwi - Sur - Wadi Bani Khalid - Bidiyah - Wahida Sand - Bidiyah - Ibra - Izki ( melalui jalan ini) - Nizwa - Alhamra - Misfah - Jabal Shams - Muscat Airport.

Day 1 - 24 DECEMBER

Dah sampai pun dah malam, nak drive pun x confident lagi maka mereput di kaki lima airport coz dalam airport ramai bangla dok terbang masuk/keluar muscat. So kami stay diluar sahaja beralaskan sleeping beg sampai esok subuh.

PLACE : Fly from Kul - Bangkok - Muscat | OVERNIGHT : Kaki lima, luar airport

Day 2 - 25 DECEMBER

Pagi tu ambil kereta di Airport (Arabia Car) kalau tak silap coz dia saja yang bagi good offer lain company tak mau coz tak terima lesen memandu (yang baru) dari Malaysia, di nasihatkan better korang applky international license siap-siap di Malaysia sebelum booking kiri. So dapat kereta Chevrolet Cruize terus gerak ke Masjid Sultan Qaboos, singgah carefour beli stock makan, pastu ke Mutrah Souq. Nak shooping di sini la but semua macam mahal saja, maka tengok saja la. Perjalanan di teruskan dari Sultan Qaboos Port tanpa tujuan untuk mencari port camping dan hari dah mula gelap sekitar jam 5.30pm. Kami pun mencari port mlm pertama nak camping sepanjang persisiran pantai, disebabkan gelap, maka sukar untuk cari tempat nk pasang khemah dan decide tidur di masjid sahaja sampai esok subuh.

PLACE : Airport - Sultan Qaboos Grand Mosque - Carefour - Mutrah Souq | OVERNIGHT : Masjid

Day 3 - 26 DECEMBER

Lokasi masjid semalam kami pun tak tau apa nama, bangun pagi pergi lepak tepi pantai untuk breakfast dan lepas tu pergi jalan Mutrah Souq lagi. Perjalanan diteruskan ke Wadi Daqyah Dam yang mana ia merupakan empangan di tengah2 atas bukit yang mana menyimpan air untuk keperluan bandar Muscat. Dari satu tempat ke satu tempat tu tak la jauh sangat, dalam 1-3jam sahaja (maximum) so boleh drive sambil menikmati keindahan Oman. Petang sikit sampai Fins, dan singah beli barang di Tiwi sambil lepak jap dengan orang kampung yang baik2 dan lepas tu pacak khemah di tepi pantai

PLACE : Mutrah Souq - Wadi Daqyah Dam - Tiwi - Fins | OVERNIGHT : Fin Beach

Day 4 - 27 DECEMBER

Lepak tepi pantai lagi pagi-pagi sambil tengok sunrise memang layan kot. After breakfast terus ke Bimmah Sinkhole iaitu antara satu tarikan yang wajib di kunjungi jika ke Oman. Tepat tu dikatakan ada meteor jatuh dulu sampai dia membentuk kolam air ditegah2 padang jarak padang tekukur!. Air jernih gila dan boleh swim n swag ahaha. Lepas dah berkubang semua kami meneruskan perjalanan ke Wadi Tiwi, ada spot-spot menarik untuk diambil gambar dan bila dah petang kami hanya pacak khemah di betul-betul tepi wadi tu + camp fire ;p

PLACE : Fins - Bimmah Sinkhole - Wadi Tiwi | OVERNIGHT : Wadi Tiwi

Day 5 - 28 DECEMBER

Setiap pagi apa yang best adalah, buat unggun api, masak air panas dan sediakan breakfast itu moment yang best sambal menikmati mentari keluar. Pagi tu explore sikit lagi Wadi Tiwi dan terus ke Wadi Shab. Apa yang mencabarnya Wadi Shab ni, ke naik boat kecil untuk ke seberang jalan sebelum mula trekking leboh kurang 40min dan lepas tu akan jumpa satu lembah yang indah. Boleh lepak dan mandi manda disitu dan nak hebat lagi dari situ boleh mengharungi sungai tu dan berenang dalam 150meter dan penghujung nanti akan jumpa Air Terjun. Kalau tak pandai berenang, sila bawa pelampung okey. Jam 2 kami setel di situ dan terus gerak ke Bandar Sur dan seterusnya Bidiyah untuk meneruskan perjalanan dan bermalam. Disebabkan hari pun dah malam, cari port tak tidur pun tak jumpa, maka check in Masjid lagi semalam ahaha.

PLACE : Wadi Tiwi - Wadi Shab - Sur - Bidiyah | OVERNIGHT : Masjid di Sur

Day 6 - 29 DECEMBER

Trip kali tak tido hotel, maka sumber air, elektrik nak charge apa semua banyak di Masjid, Kedai makan dan juga dalam kereta. Usai solat subuh kami mulakan perjalanan ke Wadi Bani Khalid dan boleh mai picnic dan mandi manda. Air di lembah ini sangat jernih dan apa yang lainnya disini adalah air dalam lembah yang mengalir itu suhunya suam bila naik ke darat sejuk balik coz persekitaran wadi itu agak berangin. After lunch balik ke Pekan Bidiyah dan cari tour yang boleh hantar kami ke padang pasir coz kena naik jeep baru la boleh ke padang pasir. Mahal jugak la 25 OMR untuk pergi hantar tengah padang pasir dan esok pagi driver datang pickup. Make sure bawa makan dan air bagi cukup, tengah-tengah pada pasir tak dan 7e ahaha. Sampai di sana terus pacak khemah dan sangat sejuk coz berangin (hampir tercabut khemah kot). Malam macam biasa camp fire time & enjoy the dinner berbumbungkan 1000 bintang di langit. Indah bukan??

PLACE : Bidiyah - Wadi Bani Khalid - Wahiba Sand | OVERNIGHT : Wahiba Sand Dunes

Day 7 - 30 DECEMBER

Bangun pagi, layan sunrise dan berlari-lari di tengah padang pasir dan lepas tu balik ke Bidiyah untuk bersihkan khemah dan diri dan meneruskan perjalanan ke Nizwa dan bajet nak ke Jabel Shams. Sampai di Nizwa boleh la pergi Nizwa Fort & Nizwa Souq ( jumaat tutup). Teruskan perjalanan ke Alhamra boleh pergi ke bandar lama iaitu Misfat Abreyeen dan lepas tu boleh ke Jabel shams iaitu gunung yang paling tinggi di situ, disebabkan dah nak gelap tak berani sangat nak panjat bukit dengan kereta biasa tapi jika jeep saya rasa ok saja nak redah. Kami ambil ke putusan untuk patah balik ke Nizwa dan dalam perjalan tu kami tidur saja di tepi jalan yang jauh dari kawasan perumah. Sekali lagi pacak khemah dan main masak-masak malam tu.

PLACE : Wahiba Sand - Bidiyah - Nizwa - Alhamra - Jabel Shams | OVERNIGHT : Pokok di tepi jalan ;)

Day 8 - 31 DECEMBER

Hari ini adalah hari yang terakhir, masa dok mandi di masjid yang berdekatan kami di tegur oleh orang tempatan, depa ni jika tau kita dari Malaysia & Islam maka depa akan layan baik punya maka kami terus di ajak ke rumah untuk makan tengahari, masa agak tak sempat coz nak kena balik ke Muscat, tapi dia dok ajak juga maka kami pergi jugak untuk makan sedikit sebelum gerak ke Muscat. Sampai di Muscat terus ke Malaysia Food Café yang mana memang orang melayu kita punya kedai dan jumpa tokey kedai dia kata “hampa memang rare” ahahha apabila kami cerita pasal trip kami. Pastu tak jauh dari Café tu boleh Mohamad AlAmeen Mosque (mmg takjub masjid ini) dan lepas terus ke Airport pada jam 5 petang untuk fly back ke Bangkok dan Malaysia,

PLACE : Alhamra - Malaysia Food Café - Mohamad AlAmeen Mosque - Muscat Airport

CAMPING DI MANA?
Bagi pandangan saya, di Oman ni boleh dikatakan free & easy untuk camping dimana sahaja (tapi jangan la pacak depan rumah orang). Trip kali ni saya camping di Tepi laut, Sebelah Lembah @ Wadi, Di Padang Pasir, Di Tepi Jalan dan bila cari tempat untuk camping tak jumpa maka check in Balai Lentang Masjid la jawapnya.

Bagi lelaki ofcoz senang la bila camping macam ni, pompuan problem pada toilet sahaja la dan air haha. Masjid memang banyak disana, boleh singgah untuk solat, charge kumera & phone, mandi serta memerut (musafir la katakan).

Kalau nak camping make sure equipment asas untuk camping korang dah ready apa yang patut okey. Khemah kami Cap Gelert dan dibeli di Sport Direct (RM559 / 8kg / 4pax + Ada tempat tidur & Ala2 ruang tamu coz boleh siap berdiri dan solat). Peralatan memasak boleh bawa siap2 dan sedikit bekalan makanan. Di Muscat ada supermarket besar seperti Carefour & Lulu, tapi apa yang saya nampak, barang dalam mall lebih mahal coz kebanyakkan di import dari luar, dengan barang bekalan makanan yang saya beli, jika di Tesco or supermarket di Malaysia maybe baru dalam RM110 but di sana RM180.

COSTING MAHAL TAK?
Bagi pendapat saya, ya ada yang mahal dan ada yang murah. Pertama adalah dari segi tukaran mata wang, senang kata 1OMR = RM12. Kalau makan di kedai normal dalam (1-2OMR) tapi portion setiap meal tu besau, boleh share. Kalau Isi minyak (6-7OMR) dah full tank. Kalau fridge magnet (1OMR) setiap satu. Kalau internet fuh, ini part yang paling mahal rasanya. Simcard 2Omr + Internet 3gb untuk 7days 5Omr - total (7OMR) hanya untuk 3gb.

Tourist attraction punya tempat kebanyakkan adalah free entrance, parking free, toilet free, tiada tol di highway but hati-hati coz every 2-3km ada speedtrack, Hahhaha tengok orang Oman pun pecut 140-150kms kita pun follow la, nasib tak kena saman apa2.

Di kawasan padang pasir - Wahiba Sand, di sini agak mahal bagi saya, hotel yang macam camping tu boleh tahan la punya price. Kalau nak tour di padang pasir tu coz seorang dalam (10-12OMR), so kami just pilih untuk hire driver untuk hantar ke tengah padang pasir and esok pagi datang ambik balik (25OMR) untuk 3pax.

SUMMARY COST
  • Makan di airport : 7.83 OMR
  • Visa on arrival : 15 OMR
  • Simcard & Topup : 16 OMR
  • Daily lunch : 28 OMR
  • Daily breakfast & dinner (cook) : 23.85 OMR
  • Parking @ Mutrah : 0.100 OMR
  • Petrol 7day : 18.5 OMR
  • Gas & Lighter : 1.5 OMR
  • Boat transfer (wadi shab) : 3 OMR
  • Body lotion : 1.1 OMR
  • Battery headlamp : 1.65 OMR
  • Wahida sand (jeep transfer) : 25 OMR
  • Rental car (arabia car) : RM1454.88
## TOTAL : 141.53 OMR = RM 1698.36 + kereta sewa RM 1454.88 : rm3153.24/3 = RM1051.08

Personal expenses : Fridge magnet 3 OMR + Sliper 1.5 OMR : RM54.00

## GRAND TOTAL : 1051.08 + 54.00 = RM1105.08 (GROUND COST ALL IN)

SELAMAT TAK NAK PERGI?
Mostly semua orang Oman tegur dengan bertanya adakah kita ini orang Philippine or Indonesia, maybe sebab Philippine banyak disana kot dan apabila kita Jawap “Ana Malayzie” depa akan teruja nak pulak bagi tau kita tu Islam.

BUDAYA OMANI?
Lain tempat makan lain la budayanya, di Oman antara benda yang saya perasan adalah budaya tahan kereta untuk tumpang naik, maybe disebabkan tiada pengangkutan awam yang baik selain dari teksi maka pasti korang akan nampak orang lambai-lambau tangan mintak untuk ditumpangkan.

Dua kali dipelawa untuk ke Rumah orang disana, padahal tak kenal pun tapi depa ajak saja meraikan tetamu. Nak pulak cakap kita Islam dari Malaysia, makin meriah perbualannya nanti. Orang tempatan memang cakap Arab la, but English is second language disana.

Solat pulak sama saja macam apa yang kita buat di Malaysia Cuma sedikit berbeza antaranya : Selepas azan, tok bilal akan tunggu orang datang ramai dulu dan lebih kurang 20minit baru dia akan iqamat. Doa Qunut waktu subuh tak da ya. Bila dah solat mereka hanya membiarkan tangan ditepi sahaja umpama berdiri tegak tanpa qiam macam kita, bila tok imam habis baca Alfatihah (Ameen yang di sahut oleh makmum tu tak ada okey, kalau bunyi jugak tu kompom lah ada orang Malaysia kat situ ;P)

Nak Share? SILAKAN
SEKIAN - MERAN ;P

© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative