Tip bercuti ke maldives.jpg

33 Tip Ringkas Bercuti Ke Maldives. Senang Nak Buat Rujukan

  1. Male adalah ibu negara bagi Maldives
  2. Airport dan Bandar Male terpisah dengan 2 buah pulau dan feri akan menghubungkan antara 2 pulau tersebut
  3. Matawang adalah Rufiya. (1USD = 15 Rufiyya)
  4. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil gunakan Rufiya, perkhidmatan lain kebanyakkan menggunkan USD.
  5. Dari Malaysia tukar duit ke USD dan tukar ke Rufiyya apabila tiba di airport. Simpa resit untuk tukar balik duit jika tak habis guna.
  6. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).
  7. Maldives adalah negara Islam, benda2 yang merapu macam tak ada.
  8. Tak boleh pakai 2pieces or 1pieces, hanya di Private Island saja boleh.
  9. Makanan ada yang murah ada yang mahal. Harga antara RM 25 – RM40 sekali makan.
  10. Pekan Male kecil saja, 2-3 jam boleh pusing habis semua kawasan.
  11. Elakkan makan di kedai yang bernama Restaurant sebab ada tax dan service charge. Makan di Café atau kedai-kedai ala-ala rakyat gitew untuk harga yang murah.
  12. Setiap perkhidmatan daripada syarikat yang berdaftar dikenakan tax 10% + GST 12% bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
  13. Setiap malam yang kita menginap di kenakan Green Tax bagi setiap orang X (darab) setiap malam (3USD setiap malam)
  14. Ekonomi utama Maldives adalah industri pelancongan, cukai dan ikan tuna.
  15. Ombak di Maldives agak kuat – Indian Ocean kot!
  16. Kad kredit di terima secara meluas tapi ada caj untuk setiap transaksi
  17. Kebanyakan rakyat Maldives macam Bangladesh tapi mereka wangi-wangi dan rambut kerinting afro.
  18. Penerbangan KUL-MALE adalah 4 jam 15 min via AirAsia.
  19. Harga normal tiket penerbangan RM770, Promo RM580, Super Promo RM377! (return).
  20. Jika tinggal di Pulau Besar seperti Maafushi hotel lebih murah (RM180-600) semalam.
  21. Jika menginap di private island yang selalu orang pergi (RM1200 – 12,000) semalam.
  22. Jika nak ke Maafushi Island naik feri tempatan tambang 3USD (1jam 45 min) tapi naik speedboat kena caj 25USD (45min).
  23. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut.
  24. Aktiviti yang boleh buat di sini : trip snorkelin, tengok ikan lumba-lumba atau penyu, trip memancing, Resort Tour.
  25. Di Airport hanya ada kedai makan: Thai food, Burger King, Coffee & Pastries, Pizza. Semua makanan harga memang mahal sikit
  26. Dulu nama Airport Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar ke nama Valena International Airport.
  27. Boarding Pass dia memang comel!
  28. Tempoh yang ideal untuk melawat Maldives adalah 4 hari 3 malam dah cukup.
  29. Kalau ada duit lebih boleh cuba naik SeaPlane untuk melihat Maldives dari udara dan merasai pengalaman untuk kapal terbang mendarat atas lautan.
  30. Kebanyakan orang Maldives boleh cakap bahasa omputih.
  31. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6USD untuk beg saiz biasa dan 10USD untuk beg besar.
  32. Fridge magnet kebanyakannya berharga 2USD bagi setiap satu, pandai-pandailah tawar harga ya.
  33. SimCard boleh di beli di Airport. 3GB berharga 16USD untuk 7hari. Di hotel juga ada wifi.

BERIKUT RINGKASAN ITINERARI SELAMA 5 HARI 4 MALAM
Hari 1 : 17 May. KL - Hulhumale
Bertolak dari KL : 6.55pm
Tiba di airport : 8.10pm
Airport transfer ke City Hotel

Hari 2 : 18 May. Hulhumale - Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Check out hotel
Tranfer bot ke Male’
Naik feri ke Maafushi
Check in Kaani Beach / Triton Beach
Makan tengahari, free and easy, makan malam

Hari 3 : 19 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Trip Snorkeling & Island hopping (Sand bank, turtle reef, dolphin cruising, snorkling)
Makan tengahari (termasuk dalam pakej aktiviti)
Makan malam

Day 4 : 20 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk dalam hotel)
Free & easy : Resort tour / JetSki / Beach walk and beach activity
Makan malam

Hari 5 : 21 May. Maafushi - Male
Sarapan (termasuk harga hotel)
Boat transfer ke Male
Tour di Male
Makan tengahari di Male
6pm balik ke Hulhumale’
Transfer ke airport
8:55pm bertolak balik ke Malaysia

Hari 6 : 22 May
4:30am tiba di Malaysia

Tip Bercuti Ke Maldives

Tip Bercuti Ke Maldives

18716449 1934261359933221 2064477595 N

18716449 1934261359933221 2064477595 N

18716480 1934261476599876 1038688900 N

18716480 1934261476599876 1038688900 N

18716721 1934261426599881 504884007 N

18716721 1934261426599881 504884007 N

18716759 1934266669932690 1289430989 N

18716759 1934266669932690 1289430989 N

18716780 1934266749932682 1327989117 N

18716780 1934266749932682 1327989117 N

18718134 1934261443266546 1187543699 N

18718134 1934261443266546 1187543699 N

18718141 1934266706599353 2013558728 N

18718141 1934266706599353 2013558728 N

18718237 1934261459933211 1111007804 N

18718237 1934261459933211 1111007804 N

18718584 1934266753266015 980368674 N

18718584 1934266753266015 980368674 N

18741727 1934266739932683 338824350 N

18741727 1934266739932683 338824350 N

18741813 1934261369933220 1300953485 N

18741813 1934261369933220 1300953485 N

18742317 1934266726599351 1516021709 O

18742317 1934266726599351 1516021709 O

18762276 1934261453266545 2022580024 N

18762276 1934261453266545 2022580024 N

18762331 1934266709932686 1528917018 N

18762331 1934266709932686 1528917018 N

18762429 1934261403266550 755546512 N

18762429 1934261403266550 755546512 N

18762544 1934261339933223 529311351 N

18762544 1934261339933223 529311351 N

Tags: stayfly stayflyxadventure maldives maafushi


SHARE  
© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative