Terjumpa makcik yang baik hati.jpg

Pengalaman Roadtrip dan terjumpa Makcik & Pakcik yang baik hati!

Kami drive menuju ke Karatas Golu tapi sebelum ini, agent kereta sewa dah kata dah tak ada apa yang menarik pun dekat sini. Alang-alang dah sewa kereta kami redah sajalah masuk hingga ke tepi tasik yang berlatarbelakangkan bukit.

Ya, memang tak ada apa Cuma,

Kami bertemu dengan seorang pakcik ni. Setibanya kami di tepi tasik, hanya ada kami bertiga sahaja. Kelihatan pakcik ini baru sahaja turun dari sampan dengan membawa hasil tangkapan ikan air tawar.Ikan apa tak tau nama, tapi besar macam betis la jugak. Kami mulakan perbualan yang mana 2,2 pihak tak paham.

Aku hanya mengatakan "Tamam" iaitu Ya@ Paham dalam bahasa turki.Pakcik pergi meninggalkan kami, aku mula nak pacak tripod tiba2 pakcik itu kembali dan bagi Ikan pada kami! Wei dah la tak ada bekas plastik apa semua, bagi ikan yang masih hidup macam tu saja, kami pulak on travelling mana nak jumpa dapurnya.

Aku dengan rendah hati mengucapkan terima kasih pada pakcik yang baik hati tu. Walaupun x tak kenal, nak jugak dia bagikan kami ikan tu. Haha Karatas Golu @ Tasik Karatas memang tak ada apa cuma ada orang yang baik hati.

Kami meneruskan perjalanan lagi untuk balik ke Pamukkale, sepanjang perjalanan banyak gerai buah di tepi jalan. Sepertinya macam buah labu. Tapi bukan labu kerana ia berwarna kuning.

Kami menghampiri kedai itu dan kami disambut dengan baik sekali lagi, kali ini geng mak mak pulak. Sekali lagi kami berbual menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat pun jenuh jugak la. Nak tanya buah apakah ini lagi jenuh. Nasib mak mak ni kreatif, dia potong buah tu dan bagi kami rasa. Lebih kurang macam buah rock melon tapi kulit dia macam buah labu. Sedikit tebal, manis sangat weh! Untuk buah ni 1kg 2 Lira.

Memang berbaloi, dah la sedap. Kami siap suruh depa potong siap siap. Senang nak makan dalam kereta nanti. Alhamdulillah, rezeki baby kerana mak mak ni bagi sebijik lagi percuma. Tapau balikkkkk untuk next destination.

Imran Idris
TerimaKasihYaTuhan

Terjumpa Makcik Yang Baik Hati

Terjumpa Makcik Yang Baik Hati

IMG 4275

IMG 4275

IMG 4278

IMG 4278

IMG 4283

IMG 4283

IMG 4319

IMG 4319

IMG 4332

IMG 4332

IMG 4333

IMG 4333

IMG 4335

IMG 4335

IMG 4339

IMG 4339

IMG 4342

IMG 4342

IMG 4343

IMG 4343

Tags: stayfly stayflyxadventure turkey


SHARE  
© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative