Maldivesofturkey Saldagolu.jpg

Rugi jika dah sampai Pamukkale tapi tidak ke Maldives of Turkey

Ramai di antara kita yang apabila travel ke Istanbul pasti akan melawat Pamukkale iaitu sebuah bukit yang terkenal dengan jolokkan Cotton Castle. Kalau korang pergi dengan pakej yang disediakan oleh travel agent, korang memang tak akan tahu pasal Maldives of Turkey.

Maldives of Turkey ini bukanlah laut, akan tetapi warna biru turquoise Tasik Salda (Salda Golu) yang menjadikan ia sangat cantic dan seolah-olah berada di Maldives.

Tasik Salda ini merupakan di daerah Yesilova di Burdur. Mempunyai kedalaman sekitar 184 meter menjadikan tasik ini adalah tasik kedua yang terdalam di Turki dan juga merupakan tasik yang ke-5 terbersih di dunia, dan yang pertama terbersih di Turki.

Untuk ke sini korang boleh sewa kereta or taxi dari Pamukkale dan drive lebih kurang 1jam lebih sahaja. Kalau nak overnight di tepi tasik boleh saja, dan jika nak menginap di hotel hanya ada 1 saja hotel di kawasan tasik ini.

Persisiran tasik ini seolah-olah pantai kerana pasirnya berwarna putih. Ada juga kawasan yang berselut dan selut tersebut dikatakan bagus untuk mencantikkan kulit kita, flawless gitew yaw.

Jadi memang sangat rugilah jika korang dah sampai Pamukkale dan tak lajak sampai ke Salda Golu. Jika korang datang bulan Jun-Ogos boleh ke bandar Isparta ( 1jam lbih lagi dari Tasik Salda) dan di sana ada Lavender Garden!

Tags: stayfly stayflyxadventure turkey saldagolu salda


SHARE  
© 2018 Imran Idris Travel Blog. Powered by elAmm Creative